Sunday, October 23, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - Nadi Dahlia FC vs SK Kompleks KLIA

Perlawanan ke 3 : Nadi Dahlia FC vs SK Kompleks KLIA
Tarikh : 23hb Oktober 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang SK Kota Warisan, Sepang, Selangor

Bagi meneruskan cabaran di peringkat liga, Nadi Dahlia FC turun ke padang buat kali ketiga untuk bertemu dengan pasukan SK Kompleks KLIA. Dengan misi untuk memastikan tempat ke peringkat separuh akhir, pemain-pemain Nadi Dahlia FC telah menonjolkan aksi-aksi permainan berpasukan yang amat tinggi dan berkualiti. Dari seawal minit permainan dan sehinggalah ke tiupan wisel terakhir, pemain-pemain Nadi Dahlia FC sentiasa melancarkan serangan dan mengasak ke kubu lawan sehingga memaksa penjaga gol SK Kompleks KLIA berkerja keras bagi menangkis percubaan gol dari Nadi Dahlia FC. Akhirnya, keputusan penuh perlawanan adalah Nadi Dahlia FC telah berjaya menumbangkan SK Kompleks KLIA dengan jaringan 4 - 0.

Senarai penjaring gol bagi Nadi Dahlia FC dalam perlawanan ini ialah :
1. Nik Idzham - 1 gol
2. Amirul - 1 gol
3. Muhd Syazwan - 1 gol
4. Syukery - 1 gol

Dengan kemenangan ini, Nadi Dahlia FC telah berjaya memenangi tiga perlawanan liga berturut-turut dan seterusnya mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A dengan mengutip 9 mata penuh, jumlah jaringan 14 gol dan masih lagi tiada gol yang membolosi gawang pintu gol Nadi Dahlia FC. Dengan kejayaan ini juga, Nadi Dahlia FC telah berjaya menjadi pasukan yang pertama mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Sunday, October 16, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - Nadi Dahlia FC vs KJF Ghome Kidz

Perlawanan 2 : Nadi Dahlis FC vs KJF Ghome Kidz
Tarikh : 16hb Oktober 2011
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Padang Bolasepak Kota Warisan, Sepang, Selangor


Dengan berbekalkan semangat yang tinggi bagi mencari kemenangan yang ke dua, Nadi Dahlia FC turun ke padang dengan mempamerkan aksi yang amat membanggakan dan menarik sehinggakan penjaga gol tidak langsung diuji dari minit awal perlawanan sehinggalah ke tiupan wisel terakhir. Seperti pada perlawanan pembukaan sebelum ini, pemain-pemain Nadi Dahlia FC telah memperlihatkan corak permainan yang cemerlang, berkesan dan kemas. Meskipun tanpa kehadiran penyokong sendiri dan menghadapi tekanan dari sokongan dan sorakan padu dari penyokong pihak lawan namun ianya sedikitpun tidak dapat menjejaskan prestasi pemain. Akhirnya, keputusan penuh perlawanan adalah Nadi Dahlia FC telah berjaya menewaskan KJF Ghome Kidz dengan jaringan 5 - 0.

Senarai penjaring gol dalam perlawanan ini ialah :
1. gol sendiri - 1 gol
2. Adzha Reza - 1 gol
3. Muhd Syazwan - 3 gol (hattrik ke-2 dalam kejohanan ini)

Dengan kemenangan ini, Nadi Dahlia FC telah berjaya memunggut 3 mata penuh lagi dan memastikan pasukan ini kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 2 kemenangan berturut-turut, mengutip 6 mata, jumlah jaringan 10 gol dan masih tiada lagi gol yg membolosi gawang pintu gol Nadi Dahlia FC.

Sunday, October 2, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - Nadi Dahlia FC vs Desa Vista Kids

Perlawanan 1 : Nadi Dahlia FC vs Desa Vista Kids
Tarikh : 2hb Oktober 2011
Masa : 3.30 ptg
Tempat : Padang SK Kota Warisan, Sepang, Selangor

Melalui pengundian, pasukan Nadi Dahlia FC dan Desa Vista Kids telah diberi penghormatan untuk perlawanan pembukaan untuk Liga Perdana ini. Nadi Dahlia FC yang berbaju hijau muda dan seluar biru muda bertemu dengan Desa Vista Kids yang berjersey merah kuning.

Pada keseluruhan perlawanan, Nadi Dahlia FC banyak menguasai perlawanan dan membuat percubaan yang merbahaya ke pintu gol pihak lawan. Dengan kemantapan bahagian pertahanan untuk mengekang gerakan penyerang pihak lawan, kelincahan dan daya kreatif yang tinggi bahagian tengah dan sayap untuk mencorak taktik serangan dan juga ketajaman daya penyudah penyerang, akhirnya perlawanan ini berkesudahan dengan Nadi Dahlia FC menewaskan Desa Vista Kids dengan jaringan 5 - 0.

Senarai penjaring bagi Nadi Dahlia FC adalah seperti berikut :
1. Muhd Syazwan - 1 gol (gol pembukaan liga)
2. Zikri Hakim - 3 gol (hattrik pertama liga)
3. Shukery - 1 gol

Dengan keputusan ini, Nadi Dahlia FC berjaya meraih 3 mata penuh dan sekaligus menduduki tangga teratas liga bagi Kumpulan A.

Friday, September 30, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - 2011

Skuad Nadi Dahlia FC U12 bakal menyertai Liga Perdana Prokids Academy yang akan bermula pada 2hb Oktober dan berakhir pada 4hb Disember 2011. Liga ini adalah anjuran Prokids Academy, Kota Warisan, Sepang, Selangor. Senarai pasukan yang akan bertanding mengikut kumpulan adalah seperti berikut :

Kumpulan A :- Nadi Dahlia FC, SK Kompleks KLIA, KJF Ghome Kidz, Desa Vista Kids dan Wira FC A

Kumpulan B :- Prokids Academy, Sinar Soccer, Wira FC B, Gadong Jaya FC dan SK Kota Warisan

Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan kelab ini :
2hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs Desa Vista Kids
16hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs KJF Ghome Kidz
23hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs SK Kompleks KLIA
30hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs Wira FC A

Kelab ingin mengucapakan selamat berjaya kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan bermainlah di dalam kejohanan ini dengan semangat "Fair Play".

Monday, July 25, 2011

Kursus Jurulatihan Bolasepak Awalan FAM

Tarikh : 16, 17, 23 dan 24hb Julai 2011
Tempat : Bukit Beruntung, Hulu Selangor
Anjuran : Black Eagles YSA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)



Pada 24hb Julai 2011, 2 orang Jurulatih dari Kelab Bolasepak Remaja Nadi Dahlia telah berjaya menamatkan Kursus Jurulatih Bolasepak Awalan FAM. Dengan ini diharapkan kedua-dua jurulatih ini dapat membimbing, memberi tunjuk ajar dan melatih pemain-pemain bolasepak di dalam kelab ini dengan lebih teratur dan bersistematik bagi meningkatkan teknik, taktik dan prestasi setiap pemain.

Monday, June 27, 2011

Karnival Bolasepak Remaja Bawah 12 tahun

Tarikh : 26hb Jun 2011
Tempat : Stadium Millineum, Kuala Kubu Baru
Anjuran : Black Eagle YSA



Kelab Bolasepak Remaja Nadi Dahlia telah menghantar 1 pasukan di bawah umur 12 tahun untuk menyertai kejohanan ini. Nadi Dahlia FC U12 telah diundi di dalam kumpulan E bersama-sama dengan pasukan Little Star FC, Mega Soccer Academy dan Little League. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Nadi Dahlia FC :

Perlawanan 1 : Nadi Dahlia FC seri dengan Liitle Star FC : 0 - 0
Perlawanan 2 : Nadi Dahlia FC dikalahkan oleh Little League : 0 - 1
Perlawanan 3 : Nadi Dahlia FC seri dengan Mega Soccer Academy : 0 - 0

Di akhir karnival, Nadi Dahlia FC hanya mampu berada di tangga ketiga Kumpulan E dan tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Karnival Bolasepak Remaja Bawah 16 tahun

Tarikh : 26hb Jun 2011
Tempat: Stadium Millineum, Kuala Kubu Baru
Anjuran : Majlis Daerah Hulu Selangor



Kelab Bolasepak Remaja Nadi Dahlia telah menghantar 1 pasukan untuk menyertai karnival ini. Nadi Dahlia FC U14 yang mana ke semua pemain yang didaftarkan adalah berusia di bawah 14 tahun. Pasukan ini telah diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama dengan pasukan AIG-MEBA dan Soccergurus Academy. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Nadi Dahlia FC U14 :

Perlawanan 1 : Nadi Dahlia FC seri dengan AIG-MEBA : 1 - 1
(hasil jaringan Muhd Adham)
Perlawanan 2 : Nadi Dahlia FC seri dengan Soccergurus Academy : 0 - 0

Dengan ini, Nadi Dahlia FC telah berjaya menjadi Naib Johan kumpulan dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan bertemu dengan Telipot Azura FC.

Perlawanan Suku Akhir : Nadi Dahlia FC dikalahlah oleh Telipot Azura FC : 2 -3 (melalui sepakan penalti)

Di akhir karnival, Nadi Dahlia FC U14 hanya mampu ke peringkat suku akhir sahaja.

Monday, May 30, 2011

Kejohanan Bolasepak Remaja Bawah 14 tahun

Tarikh : 29hb Mei 2011
Tempat : Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Anjuran : KRT Taman Dahlia dan JPNIN Daerah Sepang



Kelab Bolasepak Remaja Nadi Dahlia telah menghantar 1 pasukan bawah umur 14 tahun untuk menyertai kejohanan ini. Nadi Dahlia FC U14 telah diundi di dalam kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Sepang Putra FC dan Giant Killer. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan Nadi Dahlia FC :

Perlawanan 1 : Nadi Dahlia FC kalahkan Sepang Putra FC ; 1 - 0
(hasil jaringan Muhd Hafiz)
Perlawanan 2 : Nadi Dahlia FC seri dengan Giant Killer ; 1 - 1
(hasil jaringan Muhd Syaif Iezlan)



Di peringkat kumpulan, Nadi Dahlia FC telah berjaya menjadi johan kumpulan A dan melayakkan diri ke peringkat suku akhir bertemu dengan Jiran Muda Megah Villa.



Perlawanan Suku Akhir : Nadi Dahlia FC kalahkan Jiran Muda Megah Villa ; 2 - 0
(hasil jaringan Muhd Adham dan Muhd Hafiz)

Dengan ini, Nadi Dahlia FC layak ke peringkat separuh akhir bertemu dengan Giant Killer.

Perlawanan Separuh Akhir : Giant Killer kalahkan Nadi Dahlia FC ; 1 - 0



Nadi Dahlia FC telah gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir dan seterusnya bertemu TS FC untuk menentukan tempat ketiga/keempat.

Perlawanan T3/T4 : Nadi Dahlia FC kalahkan TS FC ; 3 - 1
(hasil jaringan Muhd Adham, Muhd Syaif Iezlan dan Muhd Hafiz)



Di akhir kejohanan, Nadi Dahlia FC telah berjaya menduduki tempat ketiga di dalam kejohanan ini.

Monday, February 21, 2011

Karnival Bolasepak Remaja Bawah 14 tahun

Tarikh : 20hb Februari 2011
Tempat : Stadium Millineum, Kuala Kubu Baru
Anjuran : Black Eagle YSA



Kelab Bolasepak Remaja Nadi Dahlia telah menghantar 1 pasukan bawah 14 tahun bagi menyertai kejohanan ini. Nadi Dahlia FC U14 telah diundi bersama-sama dengan pasukan Telipot Azura FC, Total Premier Football Kids ACA dan Kota Damansara FC di dalam kumpulan C. Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan perlawanan bagi pasukan Nadi Dahlia FC :




Perlawanan 1 : Telipot Azura FC kalahkan Nadi Dahlia FC ; 2 - 0
Perlawanan 2 : Total Premier Football Kids ACA kalahkan Nadi Dahlia FC ; 1 - 0
Perlawanan 3 : Nadi Dahlia FC kalahkan Kota Damansara FC ; 1 - 0
(hasil jaringan Muhd Syaif Iezlan)

Di akhir karnival, Nadi Dahlia FC hanya berjaya menduduki di tangga ketiga kumpulan C dan gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.