Sunday, October 23, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - Nadi Dahlia FC vs SK Kompleks KLIA

Perlawanan ke 3 : Nadi Dahlia FC vs SK Kompleks KLIA
Tarikh : 23hb Oktober 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang SK Kota Warisan, Sepang, Selangor

Bagi meneruskan cabaran di peringkat liga, Nadi Dahlia FC turun ke padang buat kali ketiga untuk bertemu dengan pasukan SK Kompleks KLIA. Dengan misi untuk memastikan tempat ke peringkat separuh akhir, pemain-pemain Nadi Dahlia FC telah menonjolkan aksi-aksi permainan berpasukan yang amat tinggi dan berkualiti. Dari seawal minit permainan dan sehinggalah ke tiupan wisel terakhir, pemain-pemain Nadi Dahlia FC sentiasa melancarkan serangan dan mengasak ke kubu lawan sehingga memaksa penjaga gol SK Kompleks KLIA berkerja keras bagi menangkis percubaan gol dari Nadi Dahlia FC. Akhirnya, keputusan penuh perlawanan adalah Nadi Dahlia FC telah berjaya menumbangkan SK Kompleks KLIA dengan jaringan 4 - 0.

Senarai penjaring gol bagi Nadi Dahlia FC dalam perlawanan ini ialah :
1. Nik Idzham - 1 gol
2. Amirul - 1 gol
3. Muhd Syazwan - 1 gol
4. Syukery - 1 gol

Dengan kemenangan ini, Nadi Dahlia FC telah berjaya memenangi tiga perlawanan liga berturut-turut dan seterusnya mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A dengan mengutip 9 mata penuh, jumlah jaringan 14 gol dan masih lagi tiada gol yang membolosi gawang pintu gol Nadi Dahlia FC. Dengan kejayaan ini juga, Nadi Dahlia FC telah berjaya menjadi pasukan yang pertama mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

Sunday, October 16, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - Nadi Dahlia FC vs KJF Ghome Kidz

Perlawanan 2 : Nadi Dahlis FC vs KJF Ghome Kidz
Tarikh : 16hb Oktober 2011
Masa : 3.00 ptg
Tempat : Padang Bolasepak Kota Warisan, Sepang, Selangor


Dengan berbekalkan semangat yang tinggi bagi mencari kemenangan yang ke dua, Nadi Dahlia FC turun ke padang dengan mempamerkan aksi yang amat membanggakan dan menarik sehinggakan penjaga gol tidak langsung diuji dari minit awal perlawanan sehinggalah ke tiupan wisel terakhir. Seperti pada perlawanan pembukaan sebelum ini, pemain-pemain Nadi Dahlia FC telah memperlihatkan corak permainan yang cemerlang, berkesan dan kemas. Meskipun tanpa kehadiran penyokong sendiri dan menghadapi tekanan dari sokongan dan sorakan padu dari penyokong pihak lawan namun ianya sedikitpun tidak dapat menjejaskan prestasi pemain. Akhirnya, keputusan penuh perlawanan adalah Nadi Dahlia FC telah berjaya menewaskan KJF Ghome Kidz dengan jaringan 5 - 0.

Senarai penjaring gol dalam perlawanan ini ialah :
1. gol sendiri - 1 gol
2. Adzha Reza - 1 gol
3. Muhd Syazwan - 3 gol (hattrik ke-2 dalam kejohanan ini)

Dengan kemenangan ini, Nadi Dahlia FC telah berjaya memunggut 3 mata penuh lagi dan memastikan pasukan ini kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 2 kemenangan berturut-turut, mengutip 6 mata, jumlah jaringan 10 gol dan masih tiada lagi gol yg membolosi gawang pintu gol Nadi Dahlia FC.

Sunday, October 2, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - Nadi Dahlia FC vs Desa Vista Kids

Perlawanan 1 : Nadi Dahlia FC vs Desa Vista Kids
Tarikh : 2hb Oktober 2011
Masa : 3.30 ptg
Tempat : Padang SK Kota Warisan, Sepang, Selangor

Melalui pengundian, pasukan Nadi Dahlia FC dan Desa Vista Kids telah diberi penghormatan untuk perlawanan pembukaan untuk Liga Perdana ini. Nadi Dahlia FC yang berbaju hijau muda dan seluar biru muda bertemu dengan Desa Vista Kids yang berjersey merah kuning.

Pada keseluruhan perlawanan, Nadi Dahlia FC banyak menguasai perlawanan dan membuat percubaan yang merbahaya ke pintu gol pihak lawan. Dengan kemantapan bahagian pertahanan untuk mengekang gerakan penyerang pihak lawan, kelincahan dan daya kreatif yang tinggi bahagian tengah dan sayap untuk mencorak taktik serangan dan juga ketajaman daya penyudah penyerang, akhirnya perlawanan ini berkesudahan dengan Nadi Dahlia FC menewaskan Desa Vista Kids dengan jaringan 5 - 0.

Senarai penjaring bagi Nadi Dahlia FC adalah seperti berikut :
1. Muhd Syazwan - 1 gol (gol pembukaan liga)
2. Zikri Hakim - 3 gol (hattrik pertama liga)
3. Shukery - 1 gol

Dengan keputusan ini, Nadi Dahlia FC berjaya meraih 3 mata penuh dan sekaligus menduduki tangga teratas liga bagi Kumpulan A.

Friday, September 30, 2011

Liga Perdana Prokids Academy U12 - 2011

Skuad Nadi Dahlia FC U12 bakal menyertai Liga Perdana Prokids Academy yang akan bermula pada 2hb Oktober dan berakhir pada 4hb Disember 2011. Liga ini adalah anjuran Prokids Academy, Kota Warisan, Sepang, Selangor. Senarai pasukan yang akan bertanding mengikut kumpulan adalah seperti berikut :

Kumpulan A :- Nadi Dahlia FC, SK Kompleks KLIA, KJF Ghome Kidz, Desa Vista Kids dan Wira FC A

Kumpulan B :- Prokids Academy, Sinar Soccer, Wira FC B, Gadong Jaya FC dan SK Kota Warisan

Berikut adalah jadual perlawanan yang melibatkan kelab ini :
2hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs Desa Vista Kids
16hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs KJF Ghome Kidz
23hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs SK Kompleks KLIA
30hb Okt `11 : Nadi Dahlia FC vs Wira FC A

Kelab ingin mengucapakan selamat berjaya kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan bermainlah di dalam kejohanan ini dengan semangat "Fair Play".

Monday, July 25, 2011

Kursus Jurulatihan Bolasepak Awalan FAM

Tarikh : 16, 17, 23 dan 24hb Julai 2011
Tempat : Bukit Beruntung, Hulu Selangor
Anjuran : Black Eagles YSA dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)



Pada 24hb Julai 2011, 2 orang Jurulatih dari Kelab Bolasepak Remaja Nadi Dahlia telah berjaya menamatkan Kursus Jurulatih Bolasepak Awalan FAM. Dengan ini diharapkan kedua-dua jurulatih ini dapat membimbing, memberi tunjuk ajar dan melatih pemain-pemain bolasepak di dalam kelab ini dengan lebih teratur dan bersistematik bagi meningkatkan teknik, taktik dan prestasi setiap pemain.